Pelawak Achey mengucapkan rasa syukur adiknya Natasha Hamzah sah bergelar isteri kepada Tengku Mohd Fairuz Bin Ku Chik atau Abe pada Khamis lalu.

Detik pertemuan Natasha atau Tasha dan Abe bermula ketika kedua-dua mereka menyertai program Gegar Lawak di Astro dua tahun lalu.

“Jumpa #GegarLawak pastuu jodoh…Tahniah @natasha_hamzah dan @abe_latte. Welcome to the club. Walaupun arwah abah tak dapat tengok tapi arwah abah tau korang akan bersatu,” titip Achey buat pasangan pengantin.

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung)

Dalam pada itu Tasha menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG), memohon maaf sekiranya ada yang menganggap dia dan suami merahsiakan perkahwinan.

Jelasnya, dia tidak berniat untuk berbuat demikian namun kehilangan bapa pada 18 Mac lalu menyebabkan Tasha mengambil keputusan untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan.

Bagaimanapun kata Tasha, dia terkilan kerana impian untuk melihat arwah bapa menjadi wali perkahwinannya tidak kesampaian.

“Tarikh bermakna, Alhamdulillah..saya sah bergelar isteri kepada Tengku Mohd Fairuz Bin Ku Chik @abe_latte . Terima kasih pada yang mendoakan dan maaf pada yang kecil hati.

“Takda niat saya nak rahsiakan, tapi dalam keadaan masih kehilangan arwah abah, saya decide untuk bernikah secara kecil-kecil saja.

“Pernikahan ni salah satu amanah arwah abah. Walaupun impian saya untuk arwah menjadi wali tak kesampaian tapi saya syukur restu arwah ada dalam pernikahan ni.

“Doakan saya dan @abe_latte ye,” katanya.

A post shared by Natasha Hamzah (@natasha_hamzah)