Jumpa Kain Pengelap Dalam Murtabak, KKM Kompaun Peniaga!
Gempak
28/03/2024 07:15 MYT
28/03/2024 07:15 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap pemilik gerai martabak yang didapati cuai sehingga cebisan kain pengelap ditemui dalam makanan itu.
"KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sudah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati kecuaian semasa pengendalian makanan menyebabkan kehadiran cebisan kain pengelap dalam martabak itu.
"Beberapa kesalahan lain yang dikenal pasti telah dilakukan pemilik gerai termasuk tidak membuat pengasingan yang jelas untuk bahan mentah dan makanan yang dimasak, menggunakan kain pengelap yang tidak bersih dan pengendali makanan tidak memakai pakaian pelindung diri dengan sempurna.
"Justeru, tindakan penguatkuasaan diambil terhadap gerai yang menjual makanan itu dengan mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya dalam satu kenyataan.
"KKM ingin mengingatkan kepada semua peniaga premis makanan termasuk di bazar Ramadan untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di premis masing-masing bagi mengelakkan sebarang pencemaran silang dan kehadiran bendasing dalam makanan yang dijual.
"Cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini juga boleh menyebabkan pembiakan bakteria yang lebih pantas dan menyebabkan makanan cepat basi dari kebiasaan.
"Peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Perhati dan Pilih serta amalkan Lihat Hidu Rasa kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.
"KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.
"Melalui pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan, KKM ingin menegaskan tahap keselamatan dan kualiti makanan sepanjang Ramadan adalah terkawal," katanya.
Pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my serta facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
BERITA TRENDING: “Bayangkan Guna Benda Sama Potong Murtabak” - Papan Pemotong Antara Penyebab Keracunan Makanan
KKM berkata, pihaknya memandang serius aduan yang tular di media sosial mengenai pencemaran makanan selepas penemuan kain dalam martabak yang dibeli di Bazar Ramadan Desa Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini."KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sudah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati kecuaian semasa pengendalian makanan menyebabkan kehadiran cebisan kain pengelap dalam martabak itu.
"Beberapa kesalahan lain yang dikenal pasti telah dilakukan pemilik gerai termasuk tidak membuat pengasingan yang jelas untuk bahan mentah dan makanan yang dimasak, menggunakan kain pengelap yang tidak bersih dan pengendali makanan tidak memakai pakaian pelindung diri dengan sempurna.
"Justeru, tindakan penguatkuasaan diambil terhadap gerai yang menjual makanan itu dengan mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya dalam satu kenyataan.
PILIHAN PEMBACA: "Cukup Bulan Dapat Gaji Barulah Dapat Makan Murtabak Di Gerai Benteng" - Kazar Imbas kenangan
Katanya, KKM sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di semua gerai bazar Ramadan seluruh negara dengan 10,570 premis bazar Ramadan diperiksa setakat ini."KKM ingin mengingatkan kepada semua peniaga premis makanan termasuk di bazar Ramadan untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di premis masing-masing bagi mengelakkan sebarang pencemaran silang dan kehadiran bendasing dalam makanan yang dijual.
"Cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini juga boleh menyebabkan pembiakan bakteria yang lebih pantas dan menyebabkan makanan cepat basi dari kebiasaan.
"Peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
BERITA TRENDING: Tunjuk Skil Tebar Murtabak, Wani Syaz Dapat Pujian Netizen - "Boleh Buat Part Time Kat Mamak Ni.."
KKM juga menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan ini dalam memilih apa sahaja juadah berbuka, sebelum membeliPerhati dan Pilih serta amalkan Lihat Hidu Rasa kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.