28 julai 1958, lahirnya seorang yang bernama Suhaimi Abdul Rahman yang kemudiannya dikenali sebagai Amy Search. Bermula sebagai vokalis kumpulan Search dengan ratusan ribu album yang terjual, menjadi pelakon dan penyanyi solo, Amy adalah Raja Rock negara.

Hari ini, Amy menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun, dan sebahagian besar hidupnya itu adalah menghiburkan peminat-peminat seni tanah air.

Dalam satu entri di Instagram pelakon Nabila Huda, yang juga merupakan anaknya, Nabila turut mengucapkan selamat ulang tahun buat ayahnya yang tercinta.

Happy 62 My King !! You’re the most amazing dad and Atok in the whole wide world..I pray to Allah that he always keeps you surrounded by happiness..I love you countless papa !Happy birthday to you..?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


"Happy 62 My King! You're the most amazing dad and Atok in the whole wide world. Saya berdoa kepada Allah semoga Dia sentiasa memberikan kebahagiaan kepada papa.

"I love you contless Papa. Happy birthday to you," tulis Nabila yang turut disambut dengan ucapan daripada rakan-rakan artis lainnya.



Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-62 tahun daripada Gempak buat Raja Rock Amy Search. Semoga bahagia bersama keluarga tercinta.