Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jumpa Pelacur, Orang Menari Bogel & Minum Arak Di Bangkok, Iqbal Zulkefli; “Saya Langsung Tak Buat Perkara …”

Shahrin Zulkifle
28/02/2023 09:00 MYT

Selebriti media sosial dan penyanyi, Iqbal Zulkefli berkongsi pengalamannya ketika berada di sebuah pasar malam di Bangkok, Thailand kepada pengikutnya.

Kata Iqbal, keadaan di kawasan tersebut dipenuhi dengan pelacur dan orang ramai yang menari dalam keadaan berbogel selain ada yang sedang minum minuman keras.

Pun begitu jelasnya, dia langsung tidak terpengaruh untuk sama menyertai kumpulan tersebut.

“Saya berada di Bangkok sekarang ini dan singgah di satu pasar malam. Malam ini malam minggu, jadi ramai yang buat tarian bogel, banyak pelacur di tepi jalan dan orang minum arak.

“Ada juga yang saya lihat, lelaki dengan lelaki, yang perempuan dengan perempuan, perkara itu normal untuk keadaan di sini sebenarnya.

“Saya macam terkejut juga, betul ke tempat saya datang ini. Tetapi walaupun saya datang negara sebegini, saya langsung tak pernah buat perkara yang tak elok seperti hisap rokok atau minum arak dan sebagainya,” katanya.

Iqbal berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories miliknya baru-baru ini.

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Memiliki darah campuran Thailand, pelantun lagu Hujan itu dalam masa sama berkata dirinya telah diajar untuk mempelajari budaya negara luar, namun tidak sehingga terpengaruh.

“Thailand adalah antara negara yang paling ramai orang menjadikan pelacuran sebagai kerjaya. Mereka semua sebenarnya sangat cantik.

“Dan kalau yang tak tahu saya ada darah Thailand, saudara mara saya ramai di Thailand. Tetapi bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.

“Saya di ajar untuk sentiasa mengenali budaya negara orang luar. Tetapi hanya belajar tidak sampai terpengaruh,” tambahnya lagi.

#Viral #Datuk Seri Vida #Iqbal Zulkefli #Bangkok Thailand
;