Jumpa Syiling Pelik, Jualan Merosot, Adib Bananadibs Tutup Cawangan Di Melaka - "Ada Orang 'Hantar' Benda Supaya ..."
Amri Hassan
21/12/2023 08:50 MYT
21/12/2023 08:50 MYT
Usahawan pisang goreng viral, Adib Bananadibs mendakwa cawangan perniagaannya di Melaka telah disihir oleh individu yang busuk hati.
"Bayangkan saya ada lima pekerja dan seorang bergaji RM60 sehari, jadi RM300 untuk bayar staf. Tapi sale cuma dapat RM100 je sehari.
"Sehari lebih kurang enam kotak saja terjual dari 10 pagi sampai enam petang. Ibaratnya satu jam satu pelanggan saja," ujarnya dalam satu sesi siaran langsung di media sosial.
Justeru, Adib mendapatkan pertolongan daripada pengamal agama untuk melihat keadaan sebenar kedainya.
"Jadi kita mula risau dan musykil, parents saya panggil ustaz datang dan check dua kali memang sebenarnya ada orang 'hantar'. Syiling itu bukan kebetulan, orang hantar supaya nak tutup kedai saya.
"Ramai pelanggan DM kata kenapa kedai tutup? Tapi sebenarnya kedai buka. Mata mereka dikaburi, ditutup macam tak nampak. Ada benda tutup kedai.
"Saya cuba positif, cuba bertahan. Selepas ustaz datang tolong sikit, kita cuba juga tapi masih sama. Syiling pun masih dijumpai. Jadi, selepas sebulan dua cuba bertahan, kami tutup," ujarnya.
BERITA TRENDING: Lakunya Pisang Cheese 'Biasa' Adib! Tak Sampai 3 Jam, 70kg Sold Out - "Mungkin Orang Datang Nak…
Jelas Adib, dia mulai musykil apabila jualan kedainya merosot mendadak."Bayangkan saya ada lima pekerja dan seorang bergaji RM60 sehari, jadi RM300 untuk bayar staf. Tapi sale cuma dapat RM100 je sehari.