Aktor kacak Hairul Azreen meluahkan rasa gembiranya apabila dapat meluangkan masa bersama hero muda Bollywood yang merupakan anak kepada pelakon lagenda Jackie Shroff, Tiger Shroff.

Menerusi laman sosial Instagram, Hairul berkongsi foto pertemuan empat mata yang berlangsung di London, United Kingdom untuk tatapan umum.

“Thank you for this meaningful learning experience. Happy i got to hang out with international stunt team like this and witnessed the professionals in their element,” tulis Hairul ringkas di ruangan kapsyen.

Selain bertemu Tiger atau nama sebenarnya Jai Hemant Shroff, 31, Hairul turut berlakon di dalam sebuah video pendek bersama Pelakon lagak ngeri terkenal dunia, Tim Man, Isky Fay dan Hung Dante.

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)


Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dam wargamaya teruja melihat pertemuan Hairul bersama pelakon popular Hindustan itu.

Tidak kurang juga ramai memberikan sokongan pada Hairul untuk terus melebarkan sayapnya menjadi aktor lagak ngeri antarabangsa mengikut jejak langkah rakan-rakan pelakon yang ditemuinya.

“Tiger waaaaa terbaik!” komen Raja Ilya.

“Another level brother,” tulis Pablo Amirul.

“Murung teruk tengok Hairul dengan Tiger. Tapi tahniah captain. Bangga sangat sebab minat daripada rambut belah tengah dulu lagi,” kata seorang wargamaya.

“Tolonglah kirim salam Tiger pleaseeee,” pinta seorang wargamaya.

“All the best, go international Hairul,” sokong seorang wargamaya.

“Fuh Timman pun ada, gempak!” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 70,000 tanda suka daripada wargamaya.