BERITA
Jumpa Wanita Kebaya Merah Belakang Pentas MeleTOP, Tak Sangka Syafiq Kyle Rupanya Penakut!
Gamat satu studio apabila hero pujaan ramai, Syafiq Kyle tiba-tiba menjerit umpama histeria dari belakang pentas rancangan MeleTOP semalam.
Mana tidaknya, ketika rancangan sedang berlangsung, Syafiq yang ditemani Khai Bahar dipersilakan untuk menjemput tetamu undangan ke pentas berlari lintang pukang sambil menjerit-jerit.
"Uih! Nasib baik aku tak terajang dia! Kenapa dia berdiri kat situ. Rasa macam masuk rumah hantu," jerit Syafiq sambil menunjukkan ke arah perempuan kebaya merah yang berdiri pegun.
Kisah perempuan kebaya merah yang tular sepanjang minggu ini menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Tambah kecut perut apabila filem Dukun yang serasi dengan imej utamanya Diana Dahlan yang menyarung kebaya merah bakal ditayangkan di pawagam mulai malam ini.
Bagi peminat setia drama Tak Ada Cinta Sepertimu pasti ramai yang teruja menantikan kesudahan kisah Hazran dan Athea.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan episod akhir malam esok pukul 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Dalam pada itu, Syafiq turut tercalon dalam kategori Pelakon TV MeleTOP Anugerah MeleTOP Era (AME2018).
Selain Syafiq, empat pesaing lain yang tersenarai dalam kategori sama ialah Fattah Amin, Neelofa, Siti Nordiana dan Zul Ariffin.
Malah, Syafiq juga tersenarai antara calon Top 5 Fesyen MeleTOP di samping Fattah Amin, Neelofa, Nur Fazura dan Zizan Razak.
AME2018 akan dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad ini, 8 April 2018 pada pukul 9 malam.
Menariknya AME2018 akan disiarkan di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134).
AME2018 boleh diakses secara live streaming di YouTube MeleTOP dan Astro Go, NJOI Now dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.
Undian fasa kedua ini boleh dibuat menerusi laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan RAKU serta melalui kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018 jam 12.00 tengah hari.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: YouTube MeleTOP