UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Juna Akan Dapat Adik Perempuan - Fynn Jamal

Syafiqah Jalal 30/09/2017 | 05:50 MYT
Penyanyi Fynn Jamal teruja mengumumkan bakal menyambut seorang bayi perempuan pada penghujung Oktober ini.
Fynn menerusi perkongsiannya di laman Instagram (IG) memberitahu bayi perempuan itu merupakan anak angkat keduanya selepas Juna.
Menurut Fynn, dia sudah lama menyimpan berita tersebut tetapi bimbang untuk berkongsi kepada umum kerana takut tidak menjadi.
Bagaimanapun dia berasakan hari ulang tahun kelahiran suaminya adalah masa yang sangat sesuai untuk mengumumkan berita gembira tersebut.
Tambahan lagi bayi perempuan tersebut akan bersama mereka tidak lama lagi.
Fynn turut memohon agar semua mendoakan proses pengambilan anak angkatnya itu dipermudahkan.
Selain itu, Fynn berharap agar Juna dan bakal anak perempuannya itu akan sentiasa bersama meskipun dia dan suami sudah tiada kelak.

bismillahirrahmaanirrahim. . we have been keeping this massive news for a while. sebab ye lah. there’s never a guarantee of anything when it comes to adoption. . adoption. bukan aku yg mengandung. tak berani break the news selagi belum masa. kebarangkalian tak jadi tu ada, mak dia kensel ke, hati aku tak sedap ke. . semua الله punya kerja. so nak kongsi awal2 macam risau je. . but it is daddy’s birthday. dan rasanya masanya sesuai dah ni, insyaAllah. . minta doa sekalian untuk dipermudahkan. semoga lancar dan harap2 setiapnya terjagakan. . bi iznillah. antara hujung oktober atau awal november ini, juna akan dapat adik perempuan. minta2 apabila mummy daddy dah tak ada, sentiasa mereka berdua berpimpinan. . amin. . lekas sampai, adik. mummy, daddy dan bang long tak sabar dah ni.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Entri tersebut mendapat respon yang banyak daripada pengikut IGnya yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan agar urusan Fynn dipermudahkan.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: Instagram Fynn Jamal
;