Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Juri Perlu Jujur Buat Penilaian Walaupun Melawan Arus - Damian Mikhail

Elrafaei Sapi 16/08/2018 | 14:50 MYT
Anggota kumpulan VE, Damian Mikhail Seet memberi penjelasan sebenar mengenai tugas seorang juri yang dianggap peminat hanyalah tugas yang mudah.
Ujarnya, tugas sebagai juri bukanlah mudah atau main-main.
Baginya, setiap kali diberi kepercayaan untuk menjadi juri, dia berusaha menjalankan tugas dengan telus dan seadilnya buat semua pihak.
"Alhamdulillah, saya sudah banyak diberi peluang dan kesempatan menjadi juri professional di dalam pelbagai program-program nyanyian karaoke, pertandingan, secara live mahupun di dalam program realiti.
"Saya juga menjadi Juri untuk program-program dan anugerah-anugerah industri muzik seperti AIM, AJL di Malaysia dan award-award lain di luar negara. Pegangan dan prinsip saya adalah mudah. Jujur," katanya.

Tugas juri bukanlah satu tugas yg mudah dan main-main. Setiap kali diberi kepercayaan, kami menjalankan tugas dgn telus dan seadil2nya buat semua pihak. Alhamdulillah, saya sudah banyak diberi peluang dan kesempatan menjadi Juri Professional didalam pelbagai Program2 nyanyian karaoke, pertandingan, secara live mahupun didalam program realiti. Saya juga menjadi Juri untuk Program2 dan Anugerah2 Industri Muzik seperti AIM, AJL Di Malaysia dan award2 lain di luar negara. Pegangan dan prinsip saya adalah mudah.. JUJUR. Kita perlu JUJUR didalam penilaian Kita. Kita perlu JUJUR walaupun Ada ketika ianya melawan arus, tak kira bila "Ada skrip" dan kehendak Penerbit Rancangan atau Sponsor. JUJUR walaupun itu mungkin kali terakhir kita dipanggil oleh pihak tersebut utk menjadi Juri kerana bakal kena BOIKOT. JUJUR walaupun ada pihak yg rasa kedudukan mereka "tergugat" kerana kita berbeza pendapat. Berani jadi JUJUR. Segala pernilaian adalah berdasarkan bakat peserta, kriteria program atau pertandingan dan samada keputusan yg kami berikan dapat memberikan manfaat kepada industri, penonton, peserta serta rancangan tersebut. Ini saya lah... Lain Juri, Lain kot. #damianmikhailmusic

A post shared by damianmikhail (@damianmikhailmusic) on

Akuinya, juri perlu jujur di dalam penilaian walaupun ada ketika melawan arus, tak kira apabila 'ada skrip' dan kehendak produser program atau penaja.
"Jujur walaupun itu mungkin kali terakhir kita dipanggil oleh pihak tersebut untuk menjadi juri kerana bakal kena boikot.
"Jujur walaupun ada pihak yang rasa kedudukan mereka 'tergugat' kerana kita berbeza pendapat. Berani jadi jujur.
"Segala pernilaian adalah berdasarkan bakat peserta, kriteria program atau pertandingan dan samada keputusan yang kami berikan dapat memberikan manfaat kepada industri, penonton, peserta serta rancangan tersebut," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
;