Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Juri Tetap Bagi Sebab Kenapa Semua Peserta Kilauan Emas Otai Lelaki

Ahmad Shah 11/03/2016 | 04:47 MYT

Pada malam Rabu lalu 10 peserta Kilauan Emas (KE) musim terdahulu berentap di pusingan ‘hot-seat’ untuk merebut tempat bersaing dengan lima juara program realiti popular itu.

Lima peserta hot seat yang terpilih untuk berentap dengan juara KE musim pertama hingga lima ialah, Ben (tempat ketiga KE 4), Elji (naib Juara KE 5), Idris (naib juara KE 3), Nas (tempat keempat KE 4) dan Silah (tempat ketiga KE 3) sekaligus menyingkirkan lima peserta lain.
Pemilihan lima peserta itu menjadikan kesemua 10 finalis KE Otai lelaki dan juri tetap Datuk Ramli MS serta Erra Fazira memberikan beberapa sebab mengapa tiada ‘bunga’ sebagai penyeri dalam edisi kali ini.
Antara sebab yang diberikan ialah:
1) Memilih peserta yang mempunyai vokal yang berkualiti supaya boleh memberi tekanan kepada lima juara sedia ada – Datuk Ramli MS
2) Peserta dinilai dari sudut persediaan yang dilakukan, ‘stage fright’, kreativiti, penghayatan dan kesilapan di atas pentas – Datuk Ramli MS
3) Ada peserta wanita yang bagus tetapi sayang markah mereka tidak setanding peserta lelaki –Datuk Ramli MS
4) Jujurnya tiada unsur ‘favouritism’ kenapa peserta lelaki terpilih dan wanita tidak – Datuk Ramli MS
5) Tidak semestinya juara tu bagus, kerana ada di antara peserta hot seat yang dipilih lebih bagus daripada juara. Jadi lima juara sedia jangan terlalu selesa dengan kedudukan mereka – Datuk Ramli MS
6) Saya mengaku ada memberi markah lebih untuk peserta wanita, tetapi malangnya selepas markah dicampur, peserta itu masih tidak layak untuk bersaing ke pusingan seterusnya – Erra Fazira
7) Walaupun tiada peserta wanita yang terpilih tetapi mereka memberikan saingan yang sengit kepada peserta lelaki – Erra Fazira
8) Peringatan kepada lima juara, tidak semestinya juara tidak boleh tersingkir pada minggu akan datang – Erra Fazira
Setiap minggu, sistem permarkahan peserta 50% adalah daripada pihak juri, manakala 50% lagi menerusi undian SMS.Kilauan Emas Otai bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras pada setiap Rabu dan boleh ditonton di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula jam 9 malam.

#Kilauan Emas
;