Juru Solek Artis, Hairul Ejay Sudah Lapan Bulan Terlantar Sakit, Ramai Selebriti Mohon Sama-Sama Membantu

Badrul Hashim
November 23, 2018 02:56 MYT
Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau, tapi Hairul Ejay antara juru solek atau makeup artist yang tidak asing di kalangan para pelakon.
Kini sudah lapan bulan beliau terlantar sakit di hospital akibat penyakit Tibi dan ketumbuhan di kepala. Tanpa sumber kewangan kerana tidak bekerja, agar sukar untuk beliau menjelaskan pelbagai bil.
Mungkin kita tidak mengenali beliau, tetapi jika ada rezeki anda boleh membuat sumbangan seberapa yang mampu untuk membantu beliau.
Anda boleh membantu dengan menyumbang kepada akaun beliau, Mohd Hairul Nizam bin Amaran, nombor akaun bank Maybank 164052287260.
#Sharifah Sakinah #Sherry Alhadad #Makeup Artist