UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Viral

Jurufoto Tolak Pengantin Lelaki Dalam Sungai, Pemilik Butik Luah Rasa Kesal – “Tanjak & Aksesori Semua Tak Boleh Kena Air”

Khairil Khusyairi 20/01/2025 | 13:50 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang jurugambar bergurau dengan menolak pengantin lelaki ke dalam sungai ketika sesi bergambar usai majlis.

Jurufoto Tak Profesional

Menerusi video yang tular itu, pasangan pengantin tersebut sedang membuat sesi bergambar atau photoshoot di atas titi sebuah sungai.

Namun, secara tiba-tiba jurugambar menolak pengantin lelaki ke dalam sungai.
Ternyata, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut dengan menyifatkan tindakan jurugambar tersebut tidak profesional.
Malah, ramai juga menyifatkan cara gurauan jurugambar tersebut tidak bertempat.

“Cameraman ni pun, kot ye nak bergurau beragak lah juga. Kesian lah kat owner baju pengantin tu,” komen netizen.

Owner Butik Tampil Bersuara

Lebih kecoh, pemilik butik pakaian pengantin tampil bersuara dengan meluahkan rasa kesal dengan tindakan jurugambar tersebut.

Pemilik tersebut turut mempersoalkan tindakan jurugambar tersebut sekaligus menyatakan pakaian dan aksesori pengantin tersebut akan rosak apabila terkena air.
Difahamkan pemilik tersebut turut memaklumkan busana pengantin tersebut turut akan digunakan untuk bakal pengantin pada minggu ini.

“Kenapa abang kameraman buat macam tu? Tu baju saya, rosak la tanjak basuh macam tu, tanjak tak boleh kena air. Aksesori tak boleh kena air. Aksesori semua tu, Allahu,” tulisnya.

Tampil Mohon Maaf

Difahamkan, jurugambar tersebut juga telah tampil memohon maaf kepada pemilik butik pakaian pengantin tersebut.

Malah, jurugambar tersebut turut memaklumkan dia akan membayar ganti rugi atas kerosakan yang berlaku.

Jurugambar tersebut turut memaklumkan dia akan membuat promosi terhadap perniagaan butik pakaian pengantin tersebut.

Dalam pada itu, pemilik butik tersebut turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa isu tersebut hanyalah sekadar kandungan atau ‘content’ yang dirancang.

#Pengantin #Butik #Busana #Kecewa #Kesal #Tolak #Profesional #Jurufoto
;