Jurugambar Ini Mengaku Tidak Mudah Mengambil Gambar Selfie Dengan Haiwan

Ahmad Shah
November 1, 2016 09:00 MYT
Mengambil gambar selfie bersama dengan haiwan bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun seorang jurugambar, Allan Dixon, yang bekerja dalam industri pelancongan berjaya membuktikan bahawa mengambil selfie dengan haiwan bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan.
Menurut jurugambar yang berasal dari Ireland itu, kunci rahsia untuk bergambar dengan haiwan ialah dengan memastikan mereka berasa selesa dengan situasi dan tenang.
Tambahnya lagi, sesorang itu harus mempunyai kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan hasil selfie yang berkualiti.
Tidak dinafikan juga gambar-gambar yang diambil oleh Allan amat sukar untuk dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai kesabaran tinggi.
Jom lihat koleksi gambar menarik yang berjaya diambil oleh Allan:

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi