Jurumekap Kongsi Video Mulut Beto Kusyairy 'Kena Jahit'... Ramai Orang Rasa Ngeri!

Kamaruddin Razal
September 27, 2018 04:08 MYT
Jurumekap kesan khas terkenal, Ella Sandera berkongsi video mulut pelakon Beto Kusyairy sedang 'dijahit' menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Jahitan di mulut itu merupakan salah satu kesan solekan khas yang dilakukan untuk Beto dalam drama bersiri Sembilan arahan Razaisyam Rashid.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui ngeri melihat kesan jahitan terbabit.
Ada juga pengikut Ella yang turut memuji hasil kerja solekan khasnya yang kelihatan sangat realistik.
Drama mini bersiri 10 episod berjudul Sembilan yang mengangkat genre seram ini merupakan sebuah lagi naskah premium eksklusif yang menyaksikan kolaborasi nusantara antara Malaysia dan Indonesia di bawah payung penjenamaan ‘Astro Original Series’.
Sesi penggambaran memgambil masa lebih kurang 75 hari dan masih dijalankan sehingga kini.
Antara lokasi utama penggambaran dijalankan di Malaysia iaitu Kampung Orang Asli Kuala Boh (Cameron Highlands), Sungai Lembing (Pahang), sekitar Kuala Lumpur dan Studio Pinewood Iskandar (Johor Bahru).
Drama ‘Sembilan’ ini juga dijangka menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Citra (131) pada bulan Februari 2019.
#Beto Kusyairy #Sembilan