,
Laman Utama

“Just Keep Going…”- Didakwa Dah Kahwin Jadi Bini Kedua Ahli Politik, Erra Fazira Tampil Respon

Syafiqah Jalal
11/10/2021
05:00 MYT
Nama pelakon Erra Fazira mula menjadi sebutan di laman sosial susulan ada khabar angin yang mengatakan dia kini sudah berkahwin dengan seorang ahli politik.
Sejak semalam, terdapat banyak ciapan di Twitter yang menyatakan perihal tersebut.
Rata-rata mendakwa dramatis itu telah menjadi isteri kedua kepada seorang Menteri dalam kabinet.
“Dengar khabar, Erra Fazira dah jadi bini kedua kepada Faizal Azumu. Bini pertama tahu tak?” personal salah seorang netizen.
“Baru nak siasat siapa pelakon, pengarah penolong yang kena tahan polis sebab dadah, tup-tup ada gossip pasal Erra Fazira jadi bini nombor dua pula,” tulis salah satu ciapan di Twitter.
Daripada ciapan tersebut rata-rata mereka memetik nama Menteri Belia dan Sukan iaitu Datuk Faizal Azumu.
Pun begitu, Erra sendiri tidak berdiam diri, malah sudah mula menghidu mengenai khabar angin yang mula tersebar itu.
Menerusi satu kemas kini terbaharu di akaun Instagram miliknya, Erra seolah-olah merungut apabila perkara itu sekali lagi dibangkitkan dan menganggap orang sekeliling memang suka memperkatakannya.
“Apooooo.. tak habis-habis cerita pasal kawin ni. Anyway, people loveeee to talk, so let them have fun taking,” jawabnya ringkas.
Dalam pada itu dia memberitahu meskipun letih dia kini tetap terus berjalan.
“No matter how tired you are.. just keep going”.
“Weekend yang nyaman.. sebelum kecederaan berlaku.. InsyaAllah next week sambung lagi!!,” tulisnya.
Entri tersebut mungkin merujuk kepada aktiviti berbasikal yang dilakukan susulan foto yang dimuat naik menunjukkan dia menaiki basikal.
Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.
Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 12 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pengantin Perempuan Batalkan Majlis Kahwin Saat Akhir, Keluarga Belah Lelaki Terpaksa Tebalkan Muka - “Pelamin Yang Indah Namun Jiwaku Gelap”

gempak
02/10/2024
05:55 MYT
Tular beberapa video di TikTok memperlihatkan sebuah keluarga dalam keadaan bersedih tetap meneruskan majlis perkahwinan tanpa dihadiri pengantin perempuan.
Hiburan

Paula Verhoeven Kata Suami Sibuk, Baim Wong Tak Tahu Isteri Tunai Umrah

gempak
01/10/2024
12:55 MYT
Selebriti Indonesia, Baim Wong mengaku tidak mengetahui isterinya, Paula Verhoeven kini menunaikan umrah bersama beberapa rakannya.
Viral

3 Tahun Kahwin, Suami Terkilan Isteri 'Tak Sengaja' Lakukan Hubungan S*ks Dengan Lelaki Lain

gempak
01/10/2024
09:55 MYT
Kepercayaan semestinya satu faktor utama dalam menjayakan sesuatu perhubungan.
Hiburan

Hafiz Hamidun Akui Tidak Fobia Untuk Berkahwin Sekali Lagi - “Kalau Ada Rezeki…”

gempak
01/10/2024
00:55 MYT
Komposer dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun menegaskan bahawa kegagalan dari hasil perkahwinannya yang lepas bukanlah salah satu faktor ketakutannya untuk berkahwin sekali lagi.
Hiburan

Difitnah Curang Dengan Staf Sendiri? Jofliam Tampil Pertahan Diri - “Setelah Saya Sedar, Saya Dengan Cik Epal Bukan Lagi Suami Isteri.."

gempak
30/09/2024
08:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil meluahkan rasa kecewa kerana telah difitnah curang.
BorakSeeni