Kemelut rumah tangga dihadapi chef selebriti dan pengacara Chef Fikree Aznan bersama isterinya nampaknya telah berpenghujung apabila mereka dikatakan telah bercerai tiga hari lalu.

Menurut posting terbaru di Instagram Syarifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal, dia berkata telah pun diceraikan dan kini sedang menjalani tempoh edah.

"Baru ceraikan saya tiga hari dah nak halau saya, bagilah saya cari rumah dulu.

"Hello saya dalam tempoh edah, saya dan anak boleh duduk rumah tu dalam masa tiga bulan," katanya pada posting yang dimuat naik hari ini.



Sementara itu, menjengah kepada beberapa posting yang dimuat naik pada hari sama, Syarifah turut mendedahkan hubungan mereka turut terpalit dengan isu keganasan rumah tangga.

Semuanya gara-gara gambar infografik berkaitan keganasan rumah tangga yang dimuat naik Syarifah. Anda boleh lihatnya dibawah.



Malah, Syarifah turut mendakwa anaknya, Jayden Malik turut menerima tempias daripada permasalahan itu.

"Bonda mintak maaf Jayden, pagi-pagi kena perangai ayah. Usik bonda fine but you dont usik my anak. Just stay away from me and my baby," katanya.



Isu rumah tangga Fikree bersama isterinya, Syarifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal mula menjadi bualan netizen selepas dia melakukan pendedahan mengenai sikap suaminya dilaman Instagram miliknya, @zuriehanbenyahya.

Zuriehan juga turut mendedahkan Fikree pernah berbalas mesej berunsurkan lucah dengan seorang pengacara televisyen.

Fikree mula dikenali dengan program masakan Hello Bro Tolong Masak dan dia juga pernah menjadi pengacara untuk rancangan Dapur Panas.

Untuk rekod, Fikree mula berkenalan dengan Zuriehan pada 2006 dan bertunang pada 2014. Mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang anak yang bernama Jayden Malik.