Laman Utama

#JusticeForBella, Warganet Mahu Pendera Kanak-Kanak Sindrom Down Dihukum! – “Zalim! Binatang Pun Ada Empati, Ini Syaitan Bertopengkan Manusia!”

gempak
Fiza Kamarudin
07/07/2021
02:42 MYT
Sponsor Banner
#JusticeForBella, Warganet Mahu Pendera Kanak-Kanak Sindrom Down Dihukum! – “Zalim! Binatang Pun Ada Empati, Ini Syaitan Bertopengkan Manusia!”
Sejak semalam tular di media sosial video seorang anak istimewa kurang upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, dipercayai didera pengasuh.
Menerusi video berdurasi 1 minit 31 saat milik pengguna laman sosial Mona Din, Bella ditemui dengan kesan lecur teruk di badan, di pusat asuhan sebuah kondominium di Wangsa Maju.
Mona Din turut mendedahkan kekejaman yang berlaku terhadap Bella dan memohon keadilan buat anak istimewa itu dengan tanda pagar #justiceforbella.
Tinjauan Gempak di laman sosial Mona Din mendapati wanita tersebut berkongsi beberapa foto dan maklumat mengenai Bella yang disyaki didedara.
Rata-rata pengguna laman sosial yang mengikuti Mona Din turut terkesan dengan apa yang berlaku dan berharap agar pendera segera diheret ke muka keadilan.
Sementara itu, memetik laporan Astro Awani, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, remaja berusia 13 tahun itu diselamatkan selepas pihaknya menerima aduan pada 24 Jun lalu, turut mempunyai kesan luka pada paha.
Katanya, difahamkan mangsa telah tinggal di pusat asuhan berkenaan di bawah pengawasan seorang wanita berusia 28 tahun sejak 14 Julai tahun lalu.
“Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selain turut disahkan positif COVID-19.
“Hasil siasatan polis, unit berkenaan turut didiami enam orang kanak-kanak dan dua daripada mereka merupakan OKU. Bagaimanapun mereka tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Saiful Annuar, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tempoh tidak melebihi 20 puluh tahun atau kedua-duanya sekali.
Mengulas lanjut, katanya polis masih menunggu untuk mengambil keterangan saksi-saksi terlibat yang ketika ini masih menjalani kuarantin kerana positif COVID-19.
Katanya, polis pada masa sama akan turut memanggil suspek wainta berusia 28 tahun itu bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024