Kegembiraan sedang menyelimuti pasangan selebriti terkenal Hollywood, Justin Bieber dan isteri, Hailey.

Bieber dan Hailey mengumumkan akan menjadi ibu bapa menerusi sebuah video yang cukup romantik. Video tersebut dikongsikan di Instagram masing-masing tanpa kapsyen.

Babybump

Menerusi video yang dikongsikan, Hailey memperlihatkan buat pertama kali perutnya yang membuncit hamil anak pertama dengan Bieber.


Hailey, 27, hamil selepas enam tahun mendirikan rumah tangga bersama penyanyi yang berasal dari Kanada itu.

BERITA TRENDING: Hailey Bieber Benci Didakwa Bergaduh Dengan Selena Gomez Kerana Lelaki

Agensi AP melaporkan usia kehamilan Hailey sudah memasuki enam bulan.

Mereka berkahwin dalam sebuah majlis secara rahsia di New York pada 2018.

BERITA TRENDING: Hailey Bieber Teringin Anak Dengan Justin Bieber Tapi Takut, Rasa Tak Selamat

Sebaik video tersebut dikongsi, bukan hanya peminat malah rakan artis ikut memberi ucapan tahniah kepada pasangan itu. Mereka termasuklah model Gigi Hadid dan Kim Kardashian, lapor BBC.

Hailey yang merupakan anak kepada Stephen Baldwin sementara Bieber mencetus fenomena seawal usia 13 tahun menerusi lagu hitnya termasuk Baby, Love Me dan Yummy.