Penyanyi popular Hollywood, Justin Bieber telah membeli sebuah banglo mewah di Kanada untuk didiami bersama tunangnya yang juga model terkenal, Hailey Baldwin.

Ekoran perkara tersebut, bekas kekasih Justin, Selena Gomez akui berasa sedih memandangkan rumah itu pernah diimpikan bersamanya ketika mereka bercinta dahulu.

"Justin telah membeli banglo untuk tinggal bersama Hailey, namun Selena berasa sedih kerana sewaktu bercinta bersama Justin, mereka pernah merancang untuk tinggal bersama di kediaman itu dan mendirikan keluarga.

"Selena berasa amat kecewa kerana Justin membeli rumah yang sama untuk didiami bersama pasangannya yang lain," kata sumber.

Justin dan Hailey telah mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu dan kini sedang sibuk merancang perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.