Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Justin Bieber Cabar Tom Cruise Bikin Peminat Hairan!

Asraf Aided
10/06/2019 08:54 MYT
Penyanyi popular Hollywood, Justin Bieber mecabar aktor popular Tom Cruise untuk bertarung dalam Pertarungan Seni Bela Diri Campuran (MMA).

Memetik laporan HollywoodLife.com, Justin telah mencabar Tom menerusi sebuah status yang ditulis di akaun Twitter miliknya.

Perkara itu telah membuatkan rata-rata peminat berasa hairan dan tertanya-tanya akan sebab dia berbuat demikian.

"Saya mahu mencabar Tom Cruise untuk berlawan di gelanggang (octagon).

"Jika Tom tidak menyahut cabaran ini, ia bermaksud dia takut," tulisnya.

Justin sememangnya memiliki kepandaian dalam seni pertahankan diri, namun begitu, peminat masih ternanti-nanti akan respon Tom sama ada dia akan menyahut cabaran Justin atau sekadar tidak mengendahkannya.

Sumber & Kredit Foto : HollywoodLife.com
 
#Tom Cruise #Justin Bieber