Justin Bieber Positif COVID-19, Terpaksa Tunda Konsert Jelajah!

Amri Hassan
Februari 21, 2022 04:36 MYT

Pesohor Hollywood, Justin Bieber yang sepatutnya mengadakan persembahan sempena Justice World Tour di Las Vegas pada Ahad disahkan positif virus COVID-19.

Hal itu sekali gus menyebabkan konsert itu terpaksa ditunda ke tarikh baharu iaitu 28 Jun 2022.
"Disebabkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan produksi, Justice World Tour akan ditunda ke tarikh 28 Jun 2022.
"Justin sangat kecewa namun kesihatan dan keselamatan kru serta peminatnya menjadi prioriti.
"Konsert jelajah di San Diego sebelum ini mendapat sambutan yang luar biasa dan Justin sangat teruja untuk persembahan di Las Vegas," maklum kenyataan media oleh wakil penganjur.

Due to a covid outbreak within the team, Justin Bieber’s Justice World Tour show scheduled to take place in Las Vegas, Nevada has been rescheduled to June 28, 2022. pic.twitter.com/Tqgrktefjn

— Justice Tour Updates (@JusticeTourNews) February 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut laporan media terdahulu, konsert jelajah Justice World Tour itu telah dimulakan di San Diego pada Jumaat lalu dan akan diadakan di 20 buah negeri sehingga Mac 2023.
Jaden Smith dan TEO antara artis yang dijangka membuat persembahan pembukaan di beberapa lokasi.
Terdahulu, Justin bersama isterinya, Hailey dilaporkan keluar bersama-sam dengan pasangan Kendall Jenner dan Devin Booker untuk menonton perlawanan Super Bowl LVI.

#Penyanyi #Viral #Hollywood #Justin Bieber #COVID-19 #Hailey #Justice World Tour