Justin Timberlake, Missy Elliott Kini Bergelar Doktor!
Amri Hassan
13/05/2019 02:15 MYT
13/05/2019 02:15 MYT
Dua penyanyi antarabangsa popular, Justin Timberlake dan Missy Elliott dianugerahkan ijazah doktor kehormat dari Berklee College of Music pada Sabtu lalu.
Selain Timberlake dan Elliott, anugerah sama turut diberikan kepada komposer Alex Lacamoire.
Anugerah itu diberikan atas pencapaian dan pengaruh mereka dalam muzik dan pengaruh global sepanjang karier mereka.
"Tiada impian yang tidak boleh dicapai. Teruskan mengejar! Percayalah... Sekarang saya bergelar DOKTOR!" tulis Timberlake menerusi akaun Instagramnya.
"Cipta haluan anda sendiri! Ikhlas dari Dr. Missy Elliot," tulis penyanyi lagu Sock It 2 Me itu.
Sejak tahun 1971, Berklee College of Music pernah menanugerahkan ijazah sama kepada Aretha Franklin, A.R. Rahman, Lionel Richie dan Julio Iglesias.