Britney Spears bukan hanya mengejutkan peminat dengan pengakuan pernah mengugurkan anak hasil hubungan bersama Justin Timberlake tetapi rahsia tersebut rupanya mempunyai lanjutan yang lebih ‘dahsyat’.

Menerusi pendedahan yang ditulis dalam memoir miliknya, The Women in Me, Spears, 41, mendakwa Timberlake hanya memetik gitar saat dia menangis di dalam bilik air selepas mengugurkan anak, lapor USMagazine.

“Timberlake fikir muzik mungkin membantu,” tulis Spears merujuk kepada tindakan menggugurkan anak dengan waktu itu dia terbaring menangis di lantai bilik air sementara Timberlake bermain gitar di luar.

Spears sebelum ini mendakwa penyanyi yang menjadi kekasihnya sekitar akhir tahun 90-an sehingga 2000 itu tidak mahu mempunyai anak kerana menyifatkan dirinya masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa.

Kerana sayang Timberlake, Spears mengambil keputusan mengugurkan anak mereka.

Penyanyi sensasi itu bagaimanapun mempunyai dua anak lelaki iaitu Preston, 18, Sean, 17, hasil perkahwinan dengan mantan suami, Kevin Federline. Mereka bercerai pada 2007.