Seorang bilionair Britain, Richard Branson menggesa Singapura supaya menyelamatkan nyawa seorang warga Malaysia yang mengalami masalah kurang upaya mental dan akan berdepan hukuman mati di negara itu.
Warga Malaysia tersebut, Nagaentran K Dharmalingam, 34, telah disabitkan dengan kesalahan mengedar sejumlah kecil heroin di Singapura dan dijadualkan akan menjalani hukuman gantung sampai mati pada Rabu selepas rayuannya ditolak oleh mahkamah negara berkenaan.
Branson yang telah lama berkempen menentang hukuman mati menggesa Presiden Singapura, Halimah Yacob untuk memberikan pengampunan kepada Dharmalingam.
"Kami hanya merayu agar beliau (Halimah) memberikan pengampunan.
“Kami mohon beliau (Halimah) mempertimbangkan semula sama ada pada zaman ini Singapura patut terlibat dalam urusan menggantung orang. Ia sangat tidak berperikemanusiaan.
"Saya tidak fikir negara bertamadun sepatutnya terlibat dalam urusan membunuh sesiapa pun," tambahnya yang juga merupakan pengasas Syarikat Virgin Galactic.
Pada Mac lalu, Mahkamah Singapura menolak rayuan hukuman mati terhadap Nagaenthren dengan menolak hujah yang dikemukakan oleh pasukan peguamnya bahawa dia harus dikecualikan kerana mengalami masalah kurang upaya secara mental.
Nagaenthran Dharmalingam dijatuhkan hukuman mati selama lebih sedekad kerana mengedar kira-kira 42.7g heroin ke Singapura, negara yang mempunyai antara undang-undang dadah paling keras di dunia.
Peguamnya berkata dia mengalami kecacatan intelek ringan kerana IQnya yang lebih rendah daripada purata iaitu 69.
Sumber: Sinar Harian
Azwa Rahman
Tue Apr 26 2022

![[VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja [VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(27).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Bagus, Merendah Diri.." - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja
Bertuahnya budak tu

“Syukur Aku Yang Tak Ada Apa Ini Dapat Cedok Ilmu…” - Bero Kusyairy Kagumi Yayan Ruhian
Lakonan Beto dengan Yayan ni memang power guys.
![[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah [VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(26).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah
Rossa Sera wanita kuat

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine!

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Wang Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine
.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.