Laman Utama
Jutawan Kantoikan Isteri Curang Sewaktu Baca Ucapan Perkahwinan
Sebuah majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung penuh gemilang bertukar suram apabila pengantin lelaki mendedahkan sikap curang isterinya menerusi ucapan perkahwinan yang dibacakan kepada 150 tetamu.
Insiden tersebut berlaku dalam majlis perkahwinan seorang jutawan dari Itali, Massimo Segre, 64, dengan kekasihnya, Cristina Seymandi, 47.
“Saya mahu memberikan Cristina kebebasan. Secara spesifik kebebasan buat dia mencintai lelaki lain — seorang peguam yang secara jelas sangat dicintai dan disayangi berbanding saya,” ujar Serge yang telah membuat isterinya dan tetamu terkejut, lapor Indy100.com.
Tidak berhenti di situ, Segre terus melanjutkan ucapan dengan mendedahkan telah lama sedar dicurangi oleh isterinya.
“Buat Cristina saya tahu betapa anda mencintainya secara mental dan seksual.
“Dan saya juga tahu sebelum dia, anda telah menjalin hubungan dengan orang lain.
“Cristina sangat bijak bercakap sehingga saya tidak boleh memberi kesempatan dia menjelaskan semuanya seorang diri.
“Sebab itu saya memilih malam ini untuk bercakap dan mengakhiri hubugan kami. Saya sangat kecewa,” ujarnya lagi.
Serge juga mendedahkan kecurangan wanita itu bermain cinta dengan lelaki lain menerusi beberapa keping foto yang berjaya dirakamkan.
Meski mengakhiri hubungan mereka pada majlis perkahwinan, Serge tetap mahu isterinya menikmati percutian bersama sebelum benar-benar berpisah dan membawa haluan masing-masing.
Must-Watch Video