Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Kadang Anak Ada Ragamnya, Jangan Buat Cerita” - Dituduh Tak Tolong Fazura Pegang Anak, Ramai Back Up Fattah

Mya Amri 08/10/2022 | 07:30 MYT
Baru-baru ini tular satu video di TikTok yang merakamkan pasangan kesayangan ramai, Fazura dan Fattah Amin bersama anaknya Fatima sedang berjalan.

Namun apa yang menarik perhatian adalah gelagat Fazura yang sedang mendukung Fatima dan berjalan dengan memakai kasut tumit tinggi.

Reaksi Fattah ketika tersenyum memandang isteri kesayangannya itu bagaimanapun menerima komen negatif netizen yang mendakwa sikap pelakon kacak itu seolah-olah tidak menghulurkan bantuan.

“Suruhlah suami tu dukung anak tu, boleh ganti kot,” komen seorang netizen

Bagaimanapun ruangan komen kemudiannya dihujani coretan pengikut Fazura yang mengatakan dakwaan tersebut sama sekali tidak benar.

“Yang sejenis suka cakap kenapa lah asyik isteri dukung anak… Ragam anak biasa lah tu, ada masa dia nan mak… Ada masa nak bapa. Baca caption Faz tu. Fahamkan,” komen Mizz G

Malah mereka juga mengatakan netizen yang membuat dakwaan itu tidak membaca kapsyen ditulis Fazura iaitu:

“Selepas itu masuk sahaja ballroom, dia nak daddy all the way pula. (Alhamdulilah, selamat kaki mommy,” tulis pelakon cantik itu.

Sehingga kini, video itu telah mendapat lebih 900,000 tontonan.

undefined
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

#Viral #Fattah Amin #Anak #Fazura #Nur Fazura #TikTok #Fatima
;