“Kadang-Kadang Nak Tergelak Pun Ada, Rasa Nak Maki Pun Ada, Tapi .....” - Ifa Raziah

Rozaimi Zubaidi
November 14, 2018 05:21 MYT
Penyanyi dangdut Ifa Raziah mengakui kesal apabila masih ada pihak yang mempertikaikan bentuk tubuh badannya di media sosial.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ifa berharap agar orang ramai dapat berhenti menyebar fitnah terhadap dirinya.
“Kadang-kadang nak tergelak pun ada. Rasa nak maki pun ada tapi lantaklah korang nak mengata apa pun tentang berat badan Miss Diva ni.
“Itu tandanya korang jeles tengok Body Miss Diva ni yang semakin mengecikkan? Tak boleh nak hadap tengok muka Miss Diva kat IG ataupun FB hari-hari dan tak boleh terima kenyataan yang Miss Diva ini dah semakin Syantik.
“Miss Diva tak kacau pun kehidupan Korang semua yang sakit hati tu. Takyah ler nak fitnah yang bukan-bukan pada Miss Diva ini,”tulisnya.
Rata-rata berharap agar Ifa tidak mempedulikan kritikan yang diberikan oleh orang ramai terhadap dirinya dan mereka turut memuji usahanya untuk menurunkan berat badan.
#Ifa Raziah #Penyanyi Dangdut