"Kadang-Kadang Pening & Pitam Tapi Gigihkan Juga" - Aliff Syukri Puji Semangat Isteri

Asraf Aided
Julai 2, 2019 14:54 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memuji semangat isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang gigih bekerja walaupun sedang hamil.
Perkara itu dikongsi Aliff menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
Aiff turut berasa terharu melihat isterinya yang tertidur di pejabat dan berasa kasihan melihat keadaan Shahida yang sedang hamil itu.
"Kenapa lah tak nak rehat kat rumah saja wife abang ni, demi bisnes kami, abang baru nak bergurau, tapi dialah tulang belakang saya.
"Kadang-kadang kesian dekat isteri, dia pregnant sebab tahu saya suka budak-budak ramai kat rumah, jadi terpaksalah dia mengharungi mual dan alahan.
"Walaupun mengandung tu susah, kadang pening kadang pitam tapi gigihkan juga ke pejabat," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka berdua.
Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
#Aliff Syukri #Nur Shahida