Penyanyi Bob Yusof meluahkan rasanya terhadap orang disekelilingyang hanya tahu mengeji serta menghina tanpa menjaga hati dan perasaannya.

Namun menurut Bob, apa jua yang berlaku dia masih tetap berikan senyuman.

“Senyumlah selagi kita mampu berikan senyuman itu...

“Kadang-kadang sakit orang keji, orang hina, orang kutuk namun ku tetap berikan senyuman.

“Kadang-kadang orang tak faham cuma kita yang faham. Kadang-kadang orang tak puas hati tapi hakikatnya kita sudah beri yang terbaik.

“Kadang-kadang orang benci tapi kita sudah menjaga hati yang lain.

“Kadang-kadang orang meluat tapi itulah cara kita. Kadang-kadang orang salah faham tapi kita sudah pun bicara jujur.

“Kadang-kadang orang fikir kita happy tapi kita sahaja yang kenal diri kita,” tulisnya.

Bintang AF Megastar itu berkongsi luahan rasa hatinya di akaun Instagram miliknya.

Tambah Bob lagi, dia tidak boleh memuaskan hati semua orang tapi cuba untuk memenuhi kepuasan diri sendiri.

“Kita tak boleh puaskan hati semua orang, namun kepuasan untuk diri sendiri akan lebih buat kita yakin dan bahagia

“Maafkan diri sendiri dan maafkan orang lain itu yang lebih mulia sifatnya, santunilah hidup kerana ianya akan jadikan kt insan cemerlang...

“Tak ada apa-apa cuma ingin bermadah, bukan menyindir bukan mengata, cuma ingin kenali diri...” katanya lagi.

Bob mula dikenali selepas menyertai pertandingan Akademi Fantasia musim kedua pada tahun 2004.

Senyumlah selagi kt mampu berikan senyuman itu... kdg² sakit org keji, org hina, org kutuk namun ku ttp berikan senyuman, kdg² org tak faham cuma kt yg faham, kdg² org tak puas hati tp hakikatnya kt sdh beri yg terbaik, kdg² org benci tp kt sdh menjaga hati yg lain, kdg² org meluat tp itulah cara kita, kdg² org salah faham tp kt sdh pun bicara jujur, kdg² org fikir kt happy tp kt sj yg kenal diri kt... • • Kt tak boleh puaskan hati semua org, namun kepuasan utk diri sendiri akan lebih buat kt yakin dan bahagia... maafkan diri sendiri dan maafkan org lain itu yg lebih mulia sifatnya, santunilah hidup kerana ianya akan jadikan kt insan cemerlang... • • Tak ada apa² cuma ingin bermadah, bkn menyindir bkn mengata, cuma ingin kenali diri... ✌✌❤❤

A post shared by Bob Yusof (@bobyusof) on