“Kadang-Kadang Sakit Orang Keji, Hina, Kutuk Namun...”- Bob Yusof

Syafiqah Jalal
Disember 26, 2019 07:09 MYT
Penyanyi Bob Yusof meluahkan rasanya terhadap orang disekelilingyang hanya tahu mengeji serta menghina tanpa menjaga hati dan perasaannya.
Namun menurut Bob, apa jua yang berlaku dia masih tetap berikan senyuman.
“Senyumlah selagi kita mampu berikan senyuman itu...
“Kadang-kadang sakit orang keji, orang hina, orang kutuk namun ku tetap berikan senyuman.
“Kadang-kadang orang tak faham cuma kita yang faham. Kadang-kadang orang tak puas hati tapi hakikatnya kita sudah beri yang terbaik.
“Kadang-kadang orang benci tapi kita sudah menjaga hati yang lain.
“Kadang-kadang orang meluat tapi itulah cara kita. Kadang-kadang orang salah faham tapi kita sudah pun bicara jujur.
“Kadang-kadang orang fikir kita happy tapi kita sahaja yang kenal diri kita,” tulisnya.
Bintang AF Megastar itu berkongsi luahan rasa hatinya di akaun Instagram miliknya.
Tambah Bob lagi, dia tidak boleh memuaskan hati semua orang tapi cuba untuk memenuhi kepuasan diri sendiri.
“Kita tak boleh puaskan hati semua orang, namun kepuasan untuk diri sendiri akan lebih buat kita yakin dan bahagia
“Maafkan diri sendiri dan maafkan orang lain itu yang lebih mulia sifatnya, santunilah hidup kerana ianya akan jadikan kt insan cemerlang...
“Tak ada apa-apa cuma ingin bermadah, bukan menyindir bukan mengata, cuma ingin kenali diri...” katanya lagi.
Bob mula dikenali selepas menyertai pertandingan Akademi Fantasia musim kedua pada tahun 2004.
#Penyanyi #Penyanyi #Bob Yusof #Bob AF