Pendakwah dan dermawan terkenal, Ebit Lew gembira apabila mendekati anak muda terutama yang bermotosikal seperti Akiem Stopa lewat malam kemarin.

Menurut Ebit rata-rata anak muda yang sering digelar mat rempit itu mempunyai hati yang baik dan lembut.

Ebit mengingatkan ujian hidup setiap orang berbeza dan mereka hanya manusia biasa yang mencari rezeki sama seperti insan lain.

“Malam tadi ride motor pusing KL dengan Akiem Stopa cari anak muda sampai 2 pagi. Baik-baik semuanya. Lembut hati.

“Bila tengok anak muda bawa motor sana sini kadang orang panggil mat rempit. Tapi disebaliknya mereka anak-anak kita, adik-adik kita semuanya. Rajin cari rezeki buat keluarga.

“Nasib semua orang tak sama. Ujian hidup berbeza. Semua baik jer dengar nasihat khusuk je. Last belanja makan ikan singgang. Semua azam nak ikut tiga hari di jalan Allah belajar iman,” katanya.

Ebit berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran itu dia memuat naik rakaman video sepanjang mendekati remaja berkenaan sekaligus mencuba aktiviti bermotosikal.

Pun begitu, Ebit terus memberi nasihat agar apa sahaja yang dilakukan jangan tinggal perintah Allah.

“Kita ada Allah. Adik-adik teruskan usaha jangan putus asa. Siapa tahu rezeki apa Allah sediakan di masa hadapan. Syukur dan hargai hidup kuncinya. Jaga solat. Jaga mak ayah buat mereka tersenyum insyaAllah hidup adik semua bahagia.

“Dunia boleh menilai kita. Kita kejar Redha Allah. Itulah segalanya. Segalanya milik Allah,” nasihatnya.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)