Pelakon dan pelawak Vicha mendedahkan kepada umum berat badannya yang kini sudah mencecah sehingga 128.4 kilogram (KG).

Menurut Vicha, dia mengakui adakalanya berasa tertekan apabila gagal menurunkan berat badannya biarpun sudah pelbagai usaha dilakukannya selama ini.

"Ya Allah, jujur terkadang saya stres sendiri dengan berat badan ni. Dah buat macan-macam, tapi masih lagi belum boleh tembus dua digit. Dah lah kita ni jenis foody, tak boleh tengok makanan, memang akan cheat terus.

"Itu saya akui kekurangan saya sebab itu kenapa orang tengok saya dah buat macam-macam tapi tak kurus-kurus. Sedih dan kecewa hanya Allah sahaja yang tahu," jelasnya menerusi satu entri di Instagram.

Justeru, menurut Vicha dia kini tekad untuk memulakan misinya untuk menurunkan berat badan dengan mengambil produk yang mampu mengawal selera makannya.

"Doakan saya ya semoga berjaya saya nak turun berat badan bukan sebab saja-saja nak kurus, tapi saya nak badan ringan.

"Nak badan sihat...yang penting saya nak masa solat itu tak sakit kaki. Bismillah, doakan saya berjaya ya," tulisnya.



Perkongsian Vicha itu kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata memberikannya kata-kata semangat agar impiannya untuk mendapatkan berat badan ideal berjaya.

"Semoga berjaya kak. Perlahan-lahan, Insya-Allah ada hasilnya nanti...yang penting tekad," tulis salah seorang pengikutnya.

Saksikan program yang menampilkan Vicha di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!