Hiburan
"Kadang-Kadang Ada Benda Kita Belajar Dari Anak, Jangan Malu" - Ozlynn
Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn berkongsi foto ketika membaca kitab suci Al-Quran bersama anaknya, Ariq selepas solat subuh awal pagi tadi.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Di entri tersebut, Ozlynn menegaskan ada beberapa perkara seseorang ibu boleh belajar dari anak dan tidak perlu berasa malu untuk berbuat demikian.
"My partner mengaji, tengah mengaji tiba-tiba dia tanya, ma, 'sufaha' tu apa? Kita tengah mengaji tiba-tiba macam huh? Sebab tak focus apa soalan dia.
"Tiba-tiba dia jawab, orang-orang yang bodoh, kita lagi macam aik? Abang cakap apa..dia gelak and jawab saja je nak ulang kaji dengan mama.
"Jujur lah aku kalah sebab tu aku bagitau anak aku jangan tinggal Quran.
"Sejujurnya bukan itu yang aku nak kongsi, dari sudut positif yang boleh kita ambil, usia tidak menjaminkan apa-apa, kadang ada benda kita belajar dari anak, jangan malu, buang ego sebab selama hidup ni tak semua benda kita tahu," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Ozlynn menyifatkan mesej itu lebih kepada ingatan untuk dirinya sendiri dan mendoakan agar semua pengikutnya dimurahkan rezeki.
"#letsngaji pesanan buat diri sendiri, jangan ada yang terasa hati, moga kalian semua dilimpahi rezeki, kasih sayang Allah dihati," tambahnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Ozlynn dan mengucapkan terima kasih atas ingatan itu.
Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq dan Moleiq.
Must-Watch Video