Hiburan

"Kadang-Kadang Bunyi 'Pret' ..." - Luna Maya Mengaku Suka Kentut Sembarangan

gempak
Amri Hassan
17/07/2019
08:24 MYT
Sponsor Banner
"Kadang-Kadang Bunyi 'Pret' ..." - Luna Maya Mengaku Suka Kentut Sembarangan
Pelakon jelita Indonesia, Luna Maya akui kerap membuang angin terutama ketika berada di lokasi penggambaran.
Berkongsi perkara terbabit menerusi rancangan bual bicara Mak Inpoh baru-baru ini, kata Luna dia sering menutup malunya itu dengan menyalahkan orang lain.
"Kalau betul-betul terkeluar (kentut) dan ternyata ada bau, ada diam sahaja?" soal hos rancangan itu, Sarah Sechan.
"Tidak, paling-paling pun tanya balik bau apa ni?" jawabnya berseloroh dengan menyalahkan individu berdekatannya.
Malah, tambah bekas kekasih Reino Barack itu, tindakan tidak sengajanya itu bukanlah dilakukan secara terang-terangan.
"Biasanya sedikit sahaja. Kadang-kadang bunyi 'pret' kadang-kadang 'ssss'," tambah Luna lagi.
Pendedahan santai itu mengundang tawa penonton yang hadir untuk menyaksikan rancangan bual bicara itu.
Menerusi perkongsian rasmi di Instagram pun ramai tidak menyangka perangai sebenar Luna yang dianggap melucukan itu.
Apapun, kentut itu normal kan?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024