Gaya Hidup
"Kadang-Kadang Kita Lantang Dalam Menasihat Bukan Nak Populariti..." - PU Amin
PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berkata ada ketikanya dia lantang dalam menasihat dan menegur di media sosial bukan kerana mahu mencari nama atau populariti, tetapi risau tentang masa depan anak-anak semua di masa hadapan.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, PU Amin berkata apa yan diperjuangkan hari ini adalah untuk kehidupan anak-anak pada masa akan datang.
"Semoga anak-anak kita terpelihara dan dilindungi dari kejahatan. Kita boleh ubah, kita boleh jaga. Kalau tak ada siapa yang nak nasihat dan tegur, maka makin hanyut media sosial orang-orang Islam kita hari ini.
"Ya kalau kita jenis yang nasihat ni memang ramai yang tak suka, tak apalah bak kata ustaz Ebit Liew, hidup ni nak Allah suka bukan untuk nak cari suka manusia. Semoga Allah memelihara kita semua," tulis PU Amin.
Dalam satu entri lain, PU Amin turut berkongsi tiga pesanan ulama' akan perjalanan hidup kita terus diberkati.
"Tiga Pesan Ulama:
Setiap kali bertambah sedekah, bertambah rezekimu,
Setiap kali bertambah khusyu' dalam solat, bertambah kebahagianmu,
Setiap kali banyak berbuat baik kepada ibu bapa, makin bertambah mudah urusan dalam kehidupanmu."
Menurut PU Amin, bila kita kurang sedekah, maka kurang lah rezeki kita. Bila kita tak khusyuk dalam solat, Allah tarik kebahagiaan hidup, bila kita tak berbut baik dengan mak ayah, segala urusan hidup jadi payah.
Tambahnya lagi, ini semua bakal terjadi dalam hidup kita. Berhati hatilah dengan kehidupan ini. Simpan lah pesanan ini, agar perjalanan hidup mu akan terus diberkati.