Hiburan

“Kadang-Kadang Kita Tak Tahu Ada Orang Dengki”- Syarul Ezani Masih Bujang, Lebih Selesa Kurang Kongsi Kisah Peribadi

gempak
Mya Amri
24/10/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
“Kadang-Kadang Kita Tak Tahu Ada Orang Dengki”- Syarul Ezani Masih Bujang, Lebih Selesa Kurang Kongsi Kisah Peribadi
Pelakon, Syarul Ezani mendedahkan dirinya masih bujang dan tidak pernah berkahwin sepanjang hampir 15 tahun berehat daripada industri hiburan tanah air.

Belum pernah berkahwin

Bagaimanapun, Syarul atau nama sebenarnya Syarul Ezani Mohamed Ezzuddeen lebih selesa memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya.

"Saya tak pernah berkahwin dan saya seperti orang lain dalam generasi saya yang perlu berdepan kepayahan hidup yang sama.

"Kami ada komitmen yang perlu difikirkan, perlu berdepan dengan kenaikkan harga barang serta bekerja untuk meneruskan hidup.

"Dan saya mempunyai falsafah hidup di mana saya tak memilih untuk menceritakan tentang kehidupan peribadi saya dan saya sejenis orang yang 'follow the flow'
"Itu adalah saya, di mana saya sangat menjaga privasi saya dan tidak terbuka untuk berkongsi mengenai itu,” katanya.
Syarul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi penggambaran drama ‘One Cent Thief 2’ yang diadakan di Bandaraya Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pilih untuk jaga privasi

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keterbukaan orang zaman sekarang berkongsi kisah yang didakwa boleh membuka aib, Syarul berpendapat sebagai seorang selebriti dan pempengaruh seseorang itu perlu menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

“Pada saya, setiap orang ada kehidupan peribadi, aib dan sebagainya. Kadang-kadang kita tak tahu ada orang dengki dengan kita.

"Bila kita bercerita mungkin ada orang suka dan mungkin ada orang tak suka. Dari situ akan mula datangnya penyakit ain dan sebagainya.

"Bagi saya, itu adalah pilihan diri masing-masing. Sebagai seorang selebriti, tingkah laku kita diperhatikan orang jadi kita perlu menjadi contoh yang baik kepada orang ramai.
"Tapi kalau zaman sekarang ini ramai yang memilih untuk berbuat demikian, jadi apa salahnya kalau saya memilih untuk 'be more private'.
"Tapi, manusia kan sifatnya berubah. Mungkin satu hari nanti saya akan terbuka untuk berkongsi mengenai kisah peribadi saya cuma bukan sekarang,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Lakonkan Watak Penerima Implant Jantung Babi, Syarul Ezani; "Saya Sendiri Banyak Berfikir ..."

ARTIKEL BERKAITAN:“Ini Semua Rezeki” - Syafiq Kyle Tak Rasa Kemenangan Dirampas, Bangga Dengan Aedy Ashraf

ARTIKEL BERKAITAN:Watak Ibu Zara Kejam, Tapi Kejelitaan Sofia Jane Buat Penonton Cair; “No Fancy Make Up, Jaga Pemakanan & No ...”

ARTIKEL BERKAITAN:One Cent Thief: Pertembungan ‘Kuasa Jahat’ Sofia Jane & 'Genius Hacker' Syafiq Kyle

ARTIKEL BERKAITAN:“Lepas Tengok Baru Tahu Maksud Sebenar Out Of Service Dekat ATM” - Ramai Puji One Cent Thief, Bukan Sekadar Drama Tapi Ada Info

Sekadar info, selepas hampir 15 tahun berehat dari dunia hiburan, Syarul melakukan kemunculan semulla dengan membintangi beberapa drama antaranya Kiblat Ke Syurga.
Dalam perkembangan terbaharu, Syarul akan membintangi drama One Cent Thief 2 bersama pelakon-pelakon lain seperti Syafiq Kyle, Azira Syafinaz, Sofia Jane dan Fabian Loo.
One Cent Thief 2 dijadualkan tayangannya pada Januari 2025.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024