Laman Utama

"Kadang-Kadang Saya Akan Menangis..."- Ziana Zain Dedah Status Janda Sering Jadi Umpatan Orang

gempak
Syafiqah Jalal
15/07/2023
01:31 MYT
Sponsor Banner
"Kadang-Kadang Saya Akan Menangis..."- Ziana Zain Dedah Status Janda Sering Jadi Umpatan Orang
Penyanyi Ziana Zain akui bukan mudah bergelar ibu tunggal atau berstatus janda selepas bercerai dengan suami lima tahun lalu.
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana, 55, mendedahkan kepada Gempak sehingga kini dia masih menjadi bahan umpatan orang.
"Bukan senang, saya tiada suami dan besarkan empat orang anak. Kita kena tempuh banyak mulut orang yang ngeri kalau nak difikirkan.
“Bila bawa gelaran ‘J’ (janda) orang akan mengumpat macam-macam sampai mati cakap baju tak kena, balik malam, tak sedar diri. Saya berdoa agar Allah jaga saya.
“Kadang-kadang saya akan nangis, itu lumrah. Tapi jika difikirkan sangat, kita akan murung. Cukuplah sudah empat tahun hidup begitu (murung). Sekarang saya kena bangkit,” katanya.
Ziana atau lebih mesra dengan panggilan Kak Gee itu ditemui selepas majlis sidang media pelancaran single duet dengan Hasif Upin dan video muzik berjudul Waktu, pada Khamis.
Tambah Ziana yang ketika ditemubual tidak dapat menahan sebak, memberitahu dia kini telah bangkit dan kuat demi anak-anak.
"Sekarang saya mahu fokus cari rezeki demi anak-anak yang banyak membantu dan menyokong dalam kerjaya saya.
“Dua anak saya Amar dan Aiman pernah ikut saya kerja. Bila mereka tengok bagaimana saya bekerja, mereka kata ‘susahnya kerja mama’ sampaikan kalau saya bekerja, mereka tak mahu ikut kerana tak sanggup tengok saya,” dedahnya.
Ziana Zain bercerai dengan bekas suami, Armin Zaharin dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Selain Amar dan Aiman, Ziana dengan bekas suami mempunyai dua orang lagi anak iaitu Muhammad Airil dan Siti Nur Kaseh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024