Hiburan

"Kadang-Kadang Saya Balas DM Sampai Pukul 4 Pagi" - Sering Kongsi Maklumat Penting Di Instagram...Iesya Toh Gembira

gempak
Asraf Aided
03/06/2020
10:30 MYT
Sponsor Banner
"Kadang-Kadang Saya Balas DM Sampai Pukul 4 Pagi" - Sering Kongsi Maklumat Penting Di Instagram...Iesya Toh Gembira
Pengacara Iesya Toh sering berkongsi maklumat penting mengenai pelbagai isu semasa menerusi akaun Instagram miliknya.
Ketika dihubungi Gempak, Iesya mengatakan dia mahu menyampaikan maklumat penting kepada orang ramai berdasarkan sumber yang sahih.
"Kadang-kadang, ada antara pengikut saya tiada rujukan yang sahih, saya faham perkara itu, jadi, saya mengambil langkah untuk sentiasa mengemas kini maklumat mengenai perkembangan isu semasa berdasarkan sumber yang sahih dan dipercayai.
"Selain berkongsi maklumat penting, saya juga akan membalas semua mesej yang dihantar kepada saya menerusi DM, kadang-kadang sampai pukul empat pagi saya luangkan masa untuk berbuat demikian," katanya.
Antara maklumat yang sering dikongsi Iesya menerusi ruangan Instagram Story adalah perkembangan kes COVID-19, inisiatif kerajaan, isu jenayah dan macam-macam lagi.
Tambah Iesya, meskipun penat membalas mesej satu per satu, namun dia gembira kerana perkongsiannya mampu dimanfaatkan oleh para pengikut.
"Alhamdulillah, rasa penat saya boleh hilang apabila melihat memperoleh manfaat daripada apa yang saya kongsi.
"Rajin membaca, itulah kuncinya, saya puas hati apabila para pengikut saya 'terdidik' menyampaikan info yang sahih.
"Saya juga tidak meletakkan jurang antara saya dan pengikut di Instagram, sesiapapun akan rasa seperti ahli keluarga," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live