,
Laman Utama

“Kadang-Kadang Saya Pun Lupa” - Kaka Azraff Syukur Hamil Anak Ketiga, Masih Kekal Aktif

Mya Amri
15/02/2023
08:45 MYT
Penyanyi, Kaka Azraff mengesahkan dirinya kini hamil anak ketiga dan usia kandungannya sudah masuk enam bulan.
Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, perubahan bentuk badanya kali ini tidak ketara menyebabkan ramai yang tidak menyangka dirinya hamil.
“Betul, ini cahaya mata yang ketiga, sekarang usia kandungan sudah mencecah enam bulan. Ramai orang cakap tak sedar saya hamil.
“Sebab muka dan badan saya tak naik, ini yang ketiga, penat juga menguruskan anak kedua yang masih kecil.
“Yang pertama dan kedua ini masih bermanja dengan saya, jadi saya sempat makan apa yang ada sahaja.
“Sebenarnya beberapa bulan pertama, saya mengalami alahan yang agak teruk tapi disebabkan sudah pernah melaluinya sebelum ini, saya okay.
“Bila sudah masuk anak ketiga, saya sudah tahu cara bagaimana untuk mengendalikan alahan,”katanya ketika dihubungi Gempak.
Berbicara mengenai jantina anak, Kaka berkata dia menaruh harapan untuk memiliki anak perempuan namun menyerahkan segalanya kepada Tuhan.
“Sebenarnya kalau diikutkan keinginan, saya mahukan anak perempuan sejak hamil anak kedua lagi tetapi bila dapat tahu anak lelaki saya okay sahaja.
“Rezeki dan reda, saya gembira dikelilingi anak lelaki dan itu membuatkan saya rasa seperti seorang permaisuri di rumah.
Mengulas mengenai persembahan bertenaganya di atas pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) baru-baru ini, Kaka bersyukur dapat melaksanakan tugasan dengan baik.
“Kadang-kadang saya sendiri terlupa sedang hamil, orang sering mengingatkan saya supaya jangan terlalu lincah.
“Alhamdulillah saya dapat membuat persembahan dengan baik. Tarikh jangkaan bersalin saya pada bulan Jun.
“Saya masih lagi mengambil tawaran bekerja seperti persembahan nyanyian sebab kehamilan kali ini saya lebih santai dan dapat uruskan masa dengan suami,” jelasnya.
Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Adam Azriff pada 14 Disember 2018.
Hasil perkahwinan, Kaka dan Adam dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Aslan, 4, dan Aryan yang kini berusia setahun.
Terdahulu, kemunculan Kaka di pentas AJL37 ketika membuat persembahan menerusi lagu Nuri mendapat perhatian netizen.
Rata-ratanya menyatakan rasa ingin tahu selepas melihat perut Kaka yang seolah-olah berisi seperti ibu hamil.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Tengah Syok Basuh Pinggan, Ryzal Ibrahim Terkejut Dapat Tahu Maryam Hamil Baby Kedua! Comel Bila Anak Siap Tunjuk Bukti

gempak
02/11/2024
11:55 MYT
Personaliti media sosial, Maryam Younarae melahirkan rasa syukur apabila dia kini hamil anak kedua.
Hiburan

Kaka Azraff Kongsi Petikan Ayat Tentang Lelaki Bertanggungjawab - "Kahwinilah Lelaki Yang Boleh ..."

gempak
01/11/2024
21:55 MYT
Penyanyi Kaka Azraff sempat memuat naik petikan ayat di Instagramnya mengenai ciri-ciri lelaki yang patut dijadikan suami oleh seorang wanita.
Unitar