Hiburan
"Kadang-Kadang terfikir Nak Buat Benda Yang Saya Sudah Biasa Dahulu, tapi..." - Farah Asyikin
Penyanyi Farah Asyikin berkongsi kisah kehidupan berserta beberapa mesej keagaaman.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Farah, dia bersyukur dengan kehidupan berumah tangga dan tidak pernah menyangka dia akan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
"Saya telah ditakdirkan untuk menjadi seorang isteri, ibu dan suri rumah, ini bukan yang saya mahukan dahulu.
"Tetapi, selepas saya mengubah hala tuju hidup saya, saya berasa sangat bersyukur dan gembira dengan kehidupan sebegini.
"Kadang-kadang saya terfikir nak buat perkara lama yang sudah biasa dilakukan dahulu, tetapi hati tak pernah membenarkannya.
"My concience will always tell me, "you can't do this anymore!" or "stop it!" tulisnya.
Dalam pada itu, Farah turut menyatakan dia akan sentiasa fokus untuk membahagiakan suami dan anak tercinta.
Farah mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1999 dan pernah dikenali sebagai penyanyi lagu bergenre pop, R&B dan Pop Rock.