Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Kagum Dengan Aksi Fighting, Ramai Yang Nak Repeat Tonton Filem Wira!

Hanafis Haris
16/12/2019 08:21 MYT
Mahu tonton lebih daripada sekali, itu antara reaksi serta pujian orang ramai selepas menyaksikan filem terbaru arahan Adrian Teh iaitu Wira.
 
Menerusi posting di Twitter dan Instagram Story, ramai netizen yang memuji kehebatan filem berkenaan hingga ada mahu menonton filem berkenaan berulang kali.
 
"Rasa nak repeat lagi, masih terngiang-ngiang lakonan Fify Azmi (Zain) dan Hairul Azreen (Hassan) berlawan.
 
"Ini adalah filem aksi tempatan kegemaran saya. Next time serious akan tonton lagi, saya bagi 100 bintang," kata penonton dikenali sebagai Rose.
 
Selain Rose, individu dikenali sebagai Wina turut berpendapat perkara sama.
 
"Minat gila dekat Fify, kalau boleh nak repeat lagi, tengok Wira," katanya.
 
Anda boleh lihat antara posting mereka di bawah.
 
Sementara itu pada yang belum menonton Wira, anda boleh la ke pawagam sekarang kerana filem itu sedang 'hangat' ditayangkan.
 
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
 
Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.
 
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
 
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
 
#Viral #Filem #Viral #Filem #Wira