Filem The Garden of Evening Mists yang sudah memasuki minggu kedua tayangan terus mendapat respons positif dalam kalangan penonton.

Ramai yang memuji bahawa karya arahan pengarah Taiwan, Tom Shu-Yu Lin itu merupakan sebuah karya berkualiti yang tidak patut dilepaskan untuk ditonton.

Bahkan, ada penonton yang menyifatkan segala-galanya dari aspek karakter sehinggalah ke aspek plot penceritaan semuanya digarap dengan cukup baik.

"Saya menonton The Garden of Evening Mists malam ini. Selama kira-kira dua jam di dalam pawagam, saya berada di pasca penjajahan di Cameron Highlands sambil ditemani dengan karakter yang cukup indah dan plot yang puitis. 11/10!, " tulis pemilik akaun @charthewhale di laman Twitter miliknya.

Bahkan, ada juga yang menyifatkan naskhah yang diadaptasi daripada karya novelis tempatan, Tan Twan Eng itu sebuah filem yang cukup meruntun emosi penonton.

"The Garden of Evening Mists merupakan sebuah filem yang cukup indah dan pada masa sama ia menyedihkan. 10/10!," tulis pemilik akaun @leanne_chua di laman Twitter miliknya.

Filem The Garden of Evening Mists memaparkan kisah wanita bernama Yun Ling yang hidup pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.



Bagaimanapun, ketika cuba membina taman Jepun demi mendiang adiknya, dia terjebak dengan perhubungan cinta terlarang.

BACA: "Saya Menangis Empat Kali" - Penonton Tak Sanggup Tengok Babak Kejam

Menariknya, filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia yang mendapat sembilan pencalonan di Anugerah Golden Horse ke-56 itu menjalani penggambaran sepenuhnya di negara ini.

BACA: 5 Lokasi Menarik Di Malaysia Yang Dipaparkan Dalam Filem The Garden of Evening Mists

Jadi, tunggu apa lagi, jangan lupa saksikan filem The Garden of Evening Mists di pawagam berhampiran anda hari ini!