Finalis Hero Remaja, Meerqeen sangat mengagumi bakat lakonan Syafiq Kyle.

Menurut Meerqeen, Syafiq mempunyai aura dan kualiti lakonan yang bermutu dan mampu memberi kesan kepada penonton.

"Saya sangat meminati lakonan Syafiq Kyle, lakonan dia sangat memberi kesan kepada penonton.

"Bagi saya, dia berjaya menyentuh hati penonton, kalau dia watak antagonis, kita dapat lihat sisi garangnya, dan kalau dia bawa watak sedih, ia benar-benar memberi kesan kepada penonton," katanya kepada Gempak.

Tambah Meerqeen, jika berpeluang bertemu Syafiq, dia akan cuba mendapatkan sedikit ilmu dari idolanya itu.

"Jika berpeluang bertemu dengan Syafiq, semestinya saya akan minta nasihat dan pelbagai tips dalam dunia lakonan.

"Saya akan cuba ambil aura lakonannya sebagai inspirasi saya untuk berkecimpung dalam bidang seni ini," katanya lagi.

Di pentas akhir Hero Remaja 2020 baru-baru ini, Meerqeen telah menduduki tempat ketiga.

Naib juara disandang oleh Umar, manakala Nadhir berjaya menduduki tempat pertama.

Jabir dan Haziq pula masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.