Pelakon Faezah Elai berpendapat tidak manis bagi pasangan berkahwin untuk berkongsi kisah peribadi yang boleh mengaibkan keluarga terutamanya di platform media sosial.

Faezah berkongsi pandangannya itu dalam satu kenyataan di posting terbaharu akaun Instagram miliknya.

Menurut Faezah, dia tidak menafikan memang benar ada pasangan berkahwin berdepan dengan dugaan namun masih ada pelbagai cara untuk meluahkan masalah selain daripada platform berkenaan.

“Kahwin ni nak habaq mai kat ampa, bukan macam cerita Korea yang ampa dok layan kat Netflix tu dok salanghae.

“Kahwin ni kadang-kadang gembira,kadang berkeleih terbang habih pinggan mangkuk. kalau mai yang hat qibut taupan, satu taman perumahan boleh dengaq.

“Tu belum masuk watak-watak extra, mentua, satgi ipaq, mai pulak biraih seropa haram jadah dok jadi tukang cucuk.

“Ada jugak yang dapat laki tiba-tiba gila betina. Dalam rumah tangga ni memang akan ada ujian dan ujian kita tak sama.

“Teruk mana pun ujian, sejahanam mana pun pasangan kita, se-pelaq mana pon perangai depa, jangan dicanang dalam socmed, buka aib laki/bini sama macam buka aib sendiri.

“Kalau kata dah kamjad sangat laki hang, tak tau nak luah kat siapa, ya lah satgi tak luah gila pulak, pi pejabat agama, pejabat agama ni bukan tempat nikah ceqai ja ampa oi.

“Kalau rasa nak kena cerita jugak, luah kat mak pak, adik, mentua atau siapa-siapalah yang dekat dengan kita.

“Bila canang kat socmed akan buat hg nampak lagi pathetic dan bagi ruang untuk laki hg carik salah.

“Bini ni, terutamanya yang qerja, depa ada laki dengan anak-anak ja, bila laki buat hal lepaih dah bagi bulan bintang, memang mintak kaki lah.

“Tapi canang kat socmed is a bad idea. Tengoklah muka anak-anak pandang dalam-dalam, semua mak nak anak-anak jadi soleh/solehah,” coretnya.

Tambah Faezah lagi, pendedahan itu hanya akan memberikan kesan negatif kepada anak-anak untuk tahun-tahun yang mendatang.

“Jangan ajaq anak benci bapak sendiri… Ajaq anak tentang kasih sayang tentang hormat pada orang tua.

“Sampai masa depa akan faham… Tapi kalau dah dipukui canang busuk pak dia, sampai besaq dia akan tau... Google semua benda keluaq... Kawan-kawan sekolah pun tau, kesian anak-anak.

“Kalau dah dok makan hati sampai makan diri elok lepaihkan diri... Sebab tu orang kata bercerai bukanlah satu tragedi.

"Tragedi sebenar adalah perkahwinan yang kekal tetapi tidak Bahagia dan mengajar anak-anak perkara yang salah tentang sayang. Tidak ada yang mati hanya disebabkan penceraian,” jelasnya.

A post shared by faezahelai (@faezahelai)


Dalam pada itu, Faezah tujuan dia berkongsi pandangannya itu bukanlah dengan niat untuk tunjuk pandai sebaliknya sebagai tanda peringatan buat dirinya juga.

“Sebanyak mana anda mahukan kebahagiaan buat anak-anak, sama juga seperti ibu bapa yang mahukan anda bahagia bukan dok menangis tepi bucu katey…

“Pesanan untuk diri sendiri juga, bukan nak tunjuk pandai sekadar berkongsi kerana suami saya juga gagal dalam perkahwinan pertamanya dan sekarang masing-masing gembira dengan kehidupan mereka,” tulisnya.

Faezah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Heykal Hanifah pada September 2011.

Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna, 8, dan Auroroa Heyrinna, 5.

Faezah turut menjaga tiga anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.