“Kahwin Dah Crush Zaman Sekolah” – Peminat Ucap Tahniah, Randy Pangalila Kongsi Foto Resepsi

Mya Amri
Januari 20, 2019 13:10 MYT
Pelakon Indonesia, Randy Pangalila dan kekasihnya Chelsey Frank selamat melangsungkan perkahinan dan diraikan dalam satu majlis resepsi yang meriah pada Sabtu.
Majlis resepsi pasangan ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup eksklusif dan meriah di Bali, Indonesia dengan kehadiran keluarga dan teman rapat.
Menariknya lagi, resepsi Randy itu turut dihadiri oleh rakan baiknya, aktres Elfira Loy dan suaminya.
Menerusi entri di Instagram, Randy berkongsi foto-foto kenangan indah sepanjang resepsi perkahwinannya.
“Our next chapter in our life,” tulisnya ringkas.
Sementara itu, ruangan komen Instagram Randy turut dibanjiri ucapan tahniah peminatnya.
Peminat juga memuji ketampanan Randy dan kecantikan isterinya kerana pasangan pengantin itu bagaikan pinang dibelah dua.
Gempak kongsikan foto-foto menarik resepsi Randy yang diambil menerusi Instagramnya dan juga jurufoto rasmi.
Foto: Instagram @randpunk/@moirephoto/@elfiraloy
#Kahwin #Kahwin #Randy Pangalila #Artis Indonesia