Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

Amri Hassan
03/03/2024 14:55 MYT
Isteri kepada Aslam, lelaki yang didakwa mengahwini Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.

BERITA TRENDING: “Mungkin Kena Mengalah, Bahagi Dua…” - Madu Marissa Dania Akui Raya Tahun Ini Agak Mencabar

Cerita Misya menerusi video di hantaran TikTok Hejja HQ, dia pernah melanjutkan pelajaran ke Mesir selama setahun selepas tingkatan dua.

"Saya belajar di sekolah menengah sampai tingkatan dua kemudian sambung belajar Al-Quran.

"Lepas tu daripada tahfiz tu saya dibawa ke Mesir selama setahun," ujarnya yang kemudiannya pulang ke Malaysia untuk meneruskan SPM.

Selepas menamatkan Fast Track SPM (program pembelajaran secara ‘trek pantas’ bagi pelajar lepasan tahfiz), Misya menyambung pelajaran ke peringkat diploma dalam jurusan pendidikan perguruan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) atau kini dikenali sebagai Universiti Islam Selangor (UIS).

BERITA TRENDING: Kongsi Pengalaman Bersalin, Madu Marissa Dania Sempat Bergurau Fasal Kahwin Tiga?

Ketika itulah Misya mengenali Aslam dan ketika masih bergelar pelajar, mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

"Masa diploma iaitu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Misya kahwin. Masa tu tak habis diploma lagi.

"Kahwin sambil belajar, Selepas tu, dapat anak pertama dan masa tu tengah intern (latihan industri). Saya berpantang masa tengah intern.

"Nasib baik masa tu online, sambil jaga anak sambil intern jadi cikgu," katanya yang menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Tonton video penuh di sini:
undefined

PILIHAN PEMBACA: Isteri Aslam Akhirnya Bersuara, Reda Bermadu Dengan Marissa Dania? - "Semakin Ikhlas Semakin Tenang"

#Kahwin #Tahfiz #Belajar #Guru #Pantang #Marissa Dania #Mesir #PKP #Aslam #Intern #Umisya Mazlan