Kahwin Dengan Patung, Wanita Dakwa Berjaya Lahirkan Anak Patung: “Dia Tak Pakai K**dom & Saya Positif”
Maliah Surip
23/06/2022 14:47 MYT
23/06/2022 14:47 MYT
Seorang wanita Brazil, Meirivone Rocha Moraes yang tidak mempunyai kekasih buat sekian lama akhirnya bertemu jodoh dengan ‘seorang patung’.
Patung lelaki tersebut diberi nama Marcelo, yang sebenarnya dijahit oleh ibunya selepas melihat anak perempuannya itu masih tidak mempunyai kekasih pada usia 37 tahun.
Moraes mendakwa dia jatuh cinta pandang pertama selepas diperkenalkan dengan Marcelo. Mereka kemudian berkahwin selepas beberapa bulan bercinta.
“Apabila ibu memperkenalkan saya dan Marcelo, saya terus jatuh cinta dengannya dan kehidupan saya berubah selepas itu,” kata Moraes seperti dilaporkan The New York Post.
Lebih tidak masuk akal, wanita itu mendakwa perkahwinan dengan patung Marcelo itu telah membuatkannya hamil, sekaligus mereka kini dikurniakan seorang anak - anak patung!
“Ini benar. Marcelo membuat saya hamil. Dia tidak menggunakan kondom. Jadi dia membuat saya hamil.
“Bila saya lakukan ujian kehamilan, saya positif (hamil). Saya macam tak percaya,” dakwanya lagi.
Dakwanya lagi, mereka telah menyambut kelahiran bayi yang diberi nama Marcelinho pada 21 Mei 2022 lalu.
Proses kelahiran berlangsung selama 35 minit di kediaman mereka dengan ditemani oleh para doktor selain disiarkan kepada lebih 200 penonton secara langsung.
“Saya tak rasa sakit. Saya hanya melihat darah dan plasenta. Ia sangat real,” dakwanya lagi.
Dalam temubual sama yang diambil dari Jam Press, Moraes mengatakan dia menyara keluarga dengan bekerja memandangkan ‘suaminya’ tidak bekerja.
Namun dia sedih kerana cerita yang dikongsikan olehnya ini dianggap kurang siuman oleh orang lain. Hal itu membuatkan dia sangat marah.
“Saya sedih dan marah bila orang menganggap cerita saya ini palsu. Saya adalah seorang wanita berkarakter. Ibu dan bapa mengajar saya menjadi seorang yang jujur, baik dan tidak mengambil kesempatan,” katanya.