Laman Utama

Kahwin Lebih Dua Dekad, Isteri Tak Tahu Mbah Slamet Dukun Pengganda Wang & Bunuh 12 Orang

gempak
Maliah Surip
06/04/2023
01:53 MYT
Sponsor Banner
Kahwin Lebih Dua Dekad, Isteri Tak Tahu Mbah Slamet Dukun Pengganda Wang & Bunuh 12 Orang
Kisah kekejaman seorang lelaki yang menyamar sebagai dukun pengganda wang dikenali sebagai Mbah Slamet terus menjadi perhatian masyarakat Indonesia.
Selepas terbongkar lelaki dengan nama sebenar Slamet Tohari, sudah membunuh 12 mangsa penipuannya, isteri Mbah Slamet mengaku tidak tahu mengenai pekerjaan sebenar suaminya.
Ironi, Seneh, 49, telah berkahwin dengan Mbah Slamet selama 25 tahun. Apa yang dia tahu, suaminya kerap menerima kunjungan tetamu tanpa mengetahui suaminya seorang dukun.
“Dia kerap terima tetamu tapi tak punya pekerjaan tetap. Tapi selama 25 tahun kahwin, saya juga tidak tanya (pekerjaan sebenar). Sebab itu saya terkejut,” kata perempuan itu seperti dilaporkan Kompas.
Seneh bagaimanapun mengaku beberapa kali melihat suaminya melakukan ritual bersama tetamu yang datang di ruang tamu. Namun oleh kerana tidak ada tetamu yang pernah tidur di rumah dan ritual dilakukan sangat sekejap, dia tidak bertanya kepada suaminya.
Malah saat kegiatan kejam suaminya terbongkar, Seneh mengatakan Mbah Slamet sudah setahun tidak pulang ke rumah kelamin mereka.
Dan dia kali terakhir bertemu lelaki berusia 45 tahun itu pada awal Ramadan lalu.
Terdahulu media tempatan melaporkan Mbah Slamet membunuh sehingga 13 mangsa penipuannya dengan memberi minum racun dan dikebumikan dalam sebuah ‘kubur besar’ di sebuah ladang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live