,
Laman Utama

“Kahwin Luar Negara, Pasangan Perlu Maklum Keluarga” - Mufti

Gempak
09/01/2023
13:41 MYT
Pasangan yang ingin berkahwin di luar negara dinasihatkan supaya memaklumkan niat mereka kepada ibu bapa atau waris masing-masing.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, mereka yang telah melakukan perkara itu tanpa izin keluarga atau tanpa memaklumkannya, perlu memohon maaf di atas perbuatan tersebut.
“Sebaik-baiknya maklumlah kepada ibu bapa atau waris mengenai perkahwinan yang hendak dilangsungkan itu.
“Pasangan yang ingin berkahwin di luar negara juga, perlu memberitahu kepada keluarga sebab mereka berbuat demikian.
"Sekiranya telah berlaku, sebagai anak, mereka perlu memohon maaf kepada ibu bapa atau waris di atas tindakan yang diambil itu," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Kata beliau, sebagai anak, pasangan yang ingin berkahwin sepatutnya menghormati ibu bapa dengan memaklumkan niat mereka itu.
Perkahwinan adalah satu perkara yang bukan boleh dibuat main, ia perlu dimaklumkan kepada ibu bapa.
“Jika sudah berlaku (perkahwinan di luar negara), pandai-pandai lah mengambil hati mereka semula dengan mempamerkan kelakuan yang menyenangkan, memberi hadiah atau meraikan mereka dalam majlis tertentu seperti hari lahir atau Hari Ibu.
"Semoga dengan cara tersebut, hati ibu bapa, waris, adik beradik, ipar duai yang terguris boleh diubati semula. Segala kekeruhan yang telah berlaku, diharap dapat dijernihkan semula," katanya
Sumber: SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Syarikat Thailand Tawarkan Cuti Tinder Kepada Pekerja! - "Boleh Guna Untuk Keluar Temu Janji Dengan ..."

gempak
05/09/2024
15:55 MYT
Sebuah syarikat dari Thailand telah menawarkan manfaat yang tidak konvensional kepada pekerjanya iaitu cuti Tinder.
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

gempak
02/09/2024
09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Viral

Nak Balik Rumah Peranginan, Rumah Peranginan Lesap

gempak
28/08/2024
18:55 MYT
Tak sampai sebulan selepas melawat rumah peranginan, tahu-tahu rumah tersebut lesap begitu sahaja.
Viral

Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"

gempak
27/08/2024
11:55 MYT
Tidak semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri.
Hiburan

Sarah Hildebrand Beri Bayangan Kembali Berhijab & Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Mat Salih?

gempak
26/08/2024
05:25 MYT
Pelakon, Sarah Hildebrand baru-baru ini telah memuat naik gambarnya yang kembali bertudung dan bersama seorang jejaka ‘mat salih’.