"Kahwin Nanti Bagi Statement Betul-Betul, Bukan Gimik Lagi" - Janji Daiyan Trisha
Amri Hassan
28/09/2018 09:10 MYT
28/09/2018 09:10 MYT
Penyanyi Daiyan Trisha mengakui tiada apa yang perlu disesalkan ekoran gimik 'kahwin' ketika melancarkan lagu baharunya, Langit baru-baru ini.
Baca: Daiyan Trisha Bakal Bernikah Atau Sekadar Gimik?
Baca: "Saya Tak Bertunang Atau Berkahwin Pun, Tapi ..." - Daiyan Trisha Mohon Maaf
Jelas Daiyan, biarpun masih ada yang menyifatkan setiap perkara yang dilakukan saban hari bertujuan untuk gimik, Daiyan tidak terkilan.
"Sekarang sudah kurang kecaman berbanding dahulu, perkara dahulu bukan saya yang rancang dan gimik itu terjadi dengan sendiri.
"Perkara sudah jadi, jadi saya terima baik dan buruknya.
"Impaknya ada yang positif ada negatif, yang negatifnya orang selalu anggap apa yang saya post di Instagram semuanya gimik.
"Sampaikan gambar graduasi saya pun orang fikir masih gimik.
"Tetapi selepas ini, kalau nak kahwin saya akan buat kenyataan betul-betul. Tak ada gimik," jelasnya kepada Gempak.
Daiyan yang ditemui ketika pertunjukan fesyen Rico Rinaldi Bridal 2019 itu melihat kesan gimik lebih ke arah positif.
"Saya tak rancang jadi tiada apa yang perlu sesal. Orang nampak gimik sesuatu yang buruk tetapi ia juga sebahagian daripada langkah pemasaran bagi sesetengah pihak.
"Kalau ada gimik yang tepat, sesuai dan beri manfaat, apa salahnya.
"Alhamdulillah, selepas terjadi perkara itu, lagu Langit mendapat tangga pertama di iTunes dan jumlah tontonan muzik video saya meningkat. Itu sudah cukup bermakna bagi saya," tambahnya.
Sebelum ini, kecoh apabila penyanyi itu memuat naik beberapa keping gambarnya menyarung busana pengantin hingga ada yang mendakwa Daiyan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Lebih menguatkan dakwaan netizen apabila penyanyi itu turut mengemaskini tarikh tertentu namun merahsiakan perkara sebenar.
Bagaimanapun, ia sebahagian daripada langkah untuk mempromosikan lagu terbaharunya, Langit.